Tuesday, September 16, 2008

Nilai Kasih Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.
Kos upah
membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.
00
2) Tolong jaga adik : RM4.
00
3) Tolong buang sampah : RM1.
00
4) Tolong kemas bilik : RM2.
00
5) Tolong siram bunga : RM3.
00
6) Tolong sapu sampah : RM3.
00
Jumlah : RM17.
00
Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya.
Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian- percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu.
Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday, September 8, 2008

Mengejar pelangi ..aku kan disini

aku berlari lari mengejar pelangi,
pelangi yang entah dimana.

mereka kata tak perlu aku bermimipi,
mimpi-mimpi disiang hari.

ahh aku takkan peduli. datanglah apa pun menghalangi,
aku masih mahu berdiri disini,
demi mencari damai dalam diri.

aku .......
kadang-kadang mencari-cari.
apa sebenar dikatakan oleh hati.
terkadang sukar sekali memahami
takkan mungki aku mengerti.
tapi kuatnya suara hati.
aku kan terus menanti.

tercampak aku dalam sepi.
lantas bangun dan terus berdiri..
biarlah apa pun yang akan menghalangi.
aku masih kan ada disini .

esok masih sama kah hari-hari.
atau esok cahaya nya akan hampir pasti
aku takkan peduli..
aku kan disini.

tapi sampai satu masa nanti,
bila pelangi semakin menjauh,
apakah aku akan terus disini.....menanti
atau aku harus pergi.

pelangi selagi kau mahu aku disini..
aku kan terus menemani.
kerana rasa sayang itu tak
akan mungkin dapat aku ambil kembali...

Esok saat bulan itu Bercahaya

Esok saat bulan itu bercahaya

Tadi malam ini aku disini…
Membiar tubuh disapa dingin angin malam…
Renung jauh ke langit..nun jauh sekali
Tatap bulan dibalut awan…..
Sepi….

Bulan itu sembunyikan diri…
Tapi aku kan terus akan menanti..
Kerana aku begitu yakin kuasa ilahi.
Esok cahaya nya akan menerangi…

Esok.. saat indah bulan itu bercahaya penuh..
Aku tahu saat terindah bagi aku…
Bagi kamu….
Saat indah bulan bercahaya..
moga takkan lagi ia sepi sibalut awan…

Esok saat bulan indah menjelmakan dirinya..
Akan kurenung sepenuh rasa..
Menatap indahnya cahaya..
Cahaya indah membelai rasa.

Telah lama aku nanti.. pasti esok ia kan disini
Dan cahaya itu akan terus menemani


dedikasi khas untuk seseorang.....WCL